Thursday, June 17, 2010

Lama dah tak hapdet

Salam.
Tuan2 semua. Maalaish tu lama tak update. sebok ngn imtihan.. hehe.

1) Selepas imtihan ni kuliahsyariah akan menubuhkan skuad mengumpulkan kertas soalan, yg lama yg baru, semua tahun. Tak kisah nak pindah ke Kaherah atau tidak. Yang penting, kena usaha dulu sebelum perkara itu muktamad. Kertas soalan untuk panduan bakal2 mustajid tahun depan. Insya Allah, pakat najah belaka naik tahun.. AMIN.

2) Ada yang bertanya untuk kuliahsyariah lantik wakil setiap tahun. Setuju. Oleh yang demikian, pihak kuliahsyariah membuka peluang kepada semua warga kuliahsyariah untuk mewakilkan diri menjadi wakil kuliahsyariah. beritahu melalui shoutbox, nickname dan emel. Kesudian untuk mewakilkan diri untuk kengkawan lain ni pahala besar. Tolong kawan sesama untuk najah kan.. Yang berminat bagitau tu. Ramai pun tak kisah.

3) Jadual syafawi dah kuar ke belum? pihak kuliahsyariah dah tak pergi kuliah.. hehe.. maklumlah dah habis imtihan. Tunggu syafawi pulak la ni. Yang tahu keluar, harap dapat tangkap gambar guna camera henfon tu dan pos kat shoutbox. ok. Tolong menolong sesama muslim..

4) Erm..kuliah dah nak tutup lepas imtihan ni. Jadi apa program kita lepas ni? Amacam kalau kita anjur satu program membedah serba sedikit apa yang kita dah belajar selama 2 fasa ni? Yang bersedia menguruskan program amat dialu-alukan. Modal tak besar. Cuma sumbangan idea dan masa tu sahaja yang diperlukan.

5) terima kasih yang sudi inform berkenaan imtihan english. 3 Julai tu. Huh.. Cuma, kalau ada jadual tu lagi cantik.. boleh semua orang tengok. sbb 3hb tu untuk semua tahun kah? atau... harap dapat tangkap gambar dan pos kat shoutbox. ok. tima kasih sekali lagi.

Kalau ada apa2, inform melalui shoutbox.

Selamat imtihan kepada yang belum habis.
Wassalam

No comments: