Saturday, August 21, 2010

Natijah tahun 4 dah keluar?

Assalamualaikum.

Dengar khabarnya dari salah seorang yang rapat dengan ammu mustapa syuun kulliyyah, dia bagitau bahawa ammu tu dah call dia, dan akan bawa natijah ke rumah dia selepas isyak ini (skarang baru lepas maghrib).

Semoga najah belaka insya Allah..

Minggu lepas keluar nama2 yang kena tasfiah. Katanya 80 orang lebih kena tasfiah. Ramai jugak tu. Insya Allah, najah belaka. Buat yang terbaik untuk imtihan pada 4 september ini (rasanya).

Semoga apa2 keputusan yang diberi itulah kehendak dan ketetapan Allah sesuai dengan usaha kita.

Tapi, bagi yng berjaya yang tak percaya dengan usahanya, anggaplah ia satu nikmat dan ujian dari Allah, agar ia lebih berusaha dan berminat untuk menuntut ilmu Allah taala dan menyebarkannya.

Bagi yang 'belum' tu, insya Allah, antum dah berjaya sebenarnya, kejayaan mengharungi ujian perit getir menghadapi imtihan dan menerimanya dengan penuh redha dan sabar.

Semoga dalam rahmat Allah selalu.

Selamat berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan.

Salam.. depan kuliah.

No comments: