Wednesday, September 1, 2010

Jadual Imtihan Tasfiah Tahun 4 Sesi 2009/2010

Assalamualaikum.

Di bawah ini jadual imtihan tasfiah bagi tahun 4.

Maaf lewat masuk.



jadual asal.


Selamat stadi. Insya Allah mutafawwiqin kulluhum..

Wednesday, August 25, 2010

Buat Syahadah Muaqqatah Minggu depan



Assalamualaikum warahmatullah..

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, bagi pelajar yang baru saja grade tahun ni, syahadah muaqqatah dah boleh buat bermula minggu depan, minggu depan. Diulang sekali lagi, minggu depan (fahamkan kalau arab kata usbu' gai). Hari sabtu depan la kot (28 Ogos)

Jadi, apa yang perlu disediakan sebelum terjah ke kuliah, pastikan antum bawa bersama;

1) 4 Keping gambar kecik tu. (tangkap gambar elok2)
2) 1 genih damghah (10 qurush + 30 qirsh + 30 qirsh + 30 qirsh)
3) 2 helai salinan fotostat passport, 2 muka depan dan 2 iqamah.
4) Duit sebanyak LE 125

Urusan dibuat di maktab kharrijin. dekat area dlm kuliah tu jugak. Selamat berurusan. Banyakkan bersabar dan berselawat serta beristighfar kerana bakal menghadapi ujian sekali lagi.

Wassalam.

sumber: http://dzulhilmitantawi.blogspot.com/2010/08/keperluan-untuk-membuat-syahadah.html

Monday, August 23, 2010

Statistik Sesi 2009/2010



Alhamdulillah, pihak kuliah dapat siapkan statistik ini. insya Allah 90 peratus tu tepat.

Keputusan statistik ni adakah ia trend seperti tahun sebelum-sebelum ini atau tidak. Statistik ni pun pihak baru sahaja buat. Tahun lepas tak buat. Jadi inilah yang dapat dilihat. Kalau ada yang tahun lepas, boleh la dibandingkan.

Melihat kepada natijah tahun 1, peratus gagal begitu banyak sekali. hampir 2/3 dari keseluruhan pelajarnya.

Manakala tahun 3 mencatatkan keputusan yang memberansangkan apabila 51 peratus kelulusan dicatatkan. lebih 1 peratus sahaja dari yang gagal.

Kelulusan tahun 4 pula agak meyakinkan apabila 1/3 (27 peratus) sudah bergelar graduan, 1/3 (24 peratus) lagi tasfiah dan 1/3 (27 peratus) lagi gagal. manakala 19 peratus lagi tidak diketahui keputusannya. Yang gagal dan lulus berada dalam kedudukan yang sama dan sangat tidak dapat dibezakan.

Selain daripada itu, didapati 40 orang lagi tidak dapat diketahui keputusan mereka. Perkara itu sangat memeranjatkan dan tiada sebarang notis diletakkan pada senarai keputusan peperiksaan yang ditampal di pintu masuk pelajar bangunan kuliah syariah.

Sedikit kecacatan berlaku apabila keputusan tahun 2 masih belum dapat. Setakat ini itu lah hasilnya.

Semoga dapat kita ambil sesuatu dari hasil statistik ini. Akan datang, akan dimasukkan pula statistik keputusan berdasarkan pangkat.

Wassalam.

Natijah Imtihan Tahun 1, 3 dan 4 Sesi 2009/2010

Assalamualaikum Warahmatullah.

         
Klik untuk lihat natijah (tahun 2 belum ada lagi)

Apa khabar semua? Kaifa halukum?

pihak kuliah mengucapkan alf3 mabruk kepada semua pelajar kuliah syariah, sama ada yang dapat natijah jayyid, maqbul, tasfiah, manqul, dan jugak rasib. semuanya Allah taala bagi kejayaan. Semuanya dapat rezeki, tiada siapa pun yang Allah tak beri rezeki. ALhamdulillah.

Di kesempatan ini, pihak kuliah ingin memaparkan natijah untuk tahun 1, 3 dan 4. Maaf lewat letak. Natijah ini untuk rujukan sahabat2 kita yang sedang berada di serata pelusuk alam. Maklumlah kuliah azhar kat seberbay tu bukan sahaja terkenal di tanta sahaja, malah seluruh dunia.

Ok. natijah tahun 2, pihak kuliah ada cari tapi tak jumpa pulak. Harap yang tahu natijah tahun 2 letak di mana, boleh bagi tahu pihak kuliah. Insya Allah pihak kuliah akan pergi ambil (gambar).

Selepas ini, pihak kuliah akan keluarkan statistik untuk sesi akademik yang baru lepas ini, jumlah pelajar semua tahun, peratus kelulusan, peratus belum naik tahun, peratus tasfiah, peratus naik tahun tanpa manqul madah dan sedikit cadangan untuk pelajar sesi 2010/2011.

Terima kasih atas sokongan semua.
Sekian, wassalam.

depan kuliah sabiq

Saturday, August 21, 2010

Natijah tahun 4 dah keluar?

Assalamualaikum.

Dengar khabarnya dari salah seorang yang rapat dengan ammu mustapa syuun kulliyyah, dia bagitau bahawa ammu tu dah call dia, dan akan bawa natijah ke rumah dia selepas isyak ini (skarang baru lepas maghrib).

Semoga najah belaka insya Allah..

Minggu lepas keluar nama2 yang kena tasfiah. Katanya 80 orang lebih kena tasfiah. Ramai jugak tu. Insya Allah, najah belaka. Buat yang terbaik untuk imtihan pada 4 september ini (rasanya).

Semoga apa2 keputusan yang diberi itulah kehendak dan ketetapan Allah sesuai dengan usaha kita.

Tapi, bagi yng berjaya yang tak percaya dengan usahanya, anggaplah ia satu nikmat dan ujian dari Allah, agar ia lebih berusaha dan berminat untuk menuntut ilmu Allah taala dan menyebarkannya.

Bagi yang 'belum' tu, insya Allah, antum dah berjaya sebenarnya, kejayaan mengharungi ujian perit getir menghadapi imtihan dan menerimanya dengan penuh redha dan sabar.

Semoga dalam rahmat Allah selalu.

Selamat berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan.

Salam.. depan kuliah.

Thursday, June 17, 2010

Lama dah tak hapdet

Salam.
Tuan2 semua. Maalaish tu lama tak update. sebok ngn imtihan.. hehe.

1) Selepas imtihan ni kuliahsyariah akan menubuhkan skuad mengumpulkan kertas soalan, yg lama yg baru, semua tahun. Tak kisah nak pindah ke Kaherah atau tidak. Yang penting, kena usaha dulu sebelum perkara itu muktamad. Kertas soalan untuk panduan bakal2 mustajid tahun depan. Insya Allah, pakat najah belaka naik tahun.. AMIN.

2) Ada yang bertanya untuk kuliahsyariah lantik wakil setiap tahun. Setuju. Oleh yang demikian, pihak kuliahsyariah membuka peluang kepada semua warga kuliahsyariah untuk mewakilkan diri menjadi wakil kuliahsyariah. beritahu melalui shoutbox, nickname dan emel. Kesudian untuk mewakilkan diri untuk kengkawan lain ni pahala besar. Tolong kawan sesama untuk najah kan.. Yang berminat bagitau tu. Ramai pun tak kisah.

3) Jadual syafawi dah kuar ke belum? pihak kuliahsyariah dah tak pergi kuliah.. hehe.. maklumlah dah habis imtihan. Tunggu syafawi pulak la ni. Yang tahu keluar, harap dapat tangkap gambar guna camera henfon tu dan pos kat shoutbox. ok. Tolong menolong sesama muslim..

4) Erm..kuliah dah nak tutup lepas imtihan ni. Jadi apa program kita lepas ni? Amacam kalau kita anjur satu program membedah serba sedikit apa yang kita dah belajar selama 2 fasa ni? Yang bersedia menguruskan program amat dialu-alukan. Modal tak besar. Cuma sumbangan idea dan masa tu sahaja yang diperlukan.

5) terima kasih yang sudi inform berkenaan imtihan english. 3 Julai tu. Huh.. Cuma, kalau ada jadual tu lagi cantik.. boleh semua orang tengok. sbb 3hb tu untuk semua tahun kah? atau... harap dapat tangkap gambar dan pos kat shoutbox. ok. tima kasih sekali lagi.

Kalau ada apa2, inform melalui shoutbox.

Selamat imtihan kepada yang belum habis.
Wassalam

Sunday, May 23, 2010

Teknik Stadi Last Minute

Pihak kuliahsyariah tak tahu.

# Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran. Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit.

# Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan "hint" (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam peperiksaan.

# Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.

# Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran.

# Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar.

# Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.

# Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.