
Alhamdulillah, pihak kuliah dapat siapkan statistik ini. insya Allah 90 peratus tu tepat.
Keputusan statistik ni adakah ia trend seperti tahun sebelum-sebelum ini atau tidak. Statistik ni pun pihak baru sahaja buat. Tahun lepas tak buat. Jadi inilah yang dapat dilihat. Kalau ada yang tahun lepas, boleh la dibandingkan.
Melihat kepada natijah tahun 1, peratus gagal begitu banyak sekali. hampir 2/3 dari keseluruhan pelajarnya.
Manakala tahun 3 mencatatkan keputusan yang memberansangkan apabila 51 peratus kelulusan dicatatkan. lebih 1 peratus sahaja dari yang gagal.
Kelulusan tahun 4 pula agak meyakinkan apabila 1/3 (27 peratus) sudah bergelar graduan, 1/3 (24 peratus) lagi tasfiah dan 1/3 (27 peratus) lagi gagal. manakala 19 peratus lagi tidak diketahui keputusannya. Yang gagal dan lulus berada dalam kedudukan yang sama dan sangat tidak dapat dibezakan.
Selain daripada itu, didapati 40 orang lagi tidak dapat diketahui keputusan mereka. Perkara itu sangat memeranjatkan dan tiada sebarang notis diletakkan pada senarai keputusan peperiksaan yang ditampal di pintu masuk pelajar bangunan kuliah syariah.
Sedikit kecacatan berlaku apabila keputusan tahun 2 masih belum dapat. Setakat ini itu lah hasilnya.
Semoga dapat kita ambil sesuatu dari hasil statistik ini. Akan datang, akan dimasukkan pula statistik keputusan berdasarkan pangkat.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment